Pandi Suhaili, Ketua pergerakan pemuda PBB Jepak.

Satu lagi laporan polis dibuat terhadap pengerusi Movement of Change Sarawak (MoCS) Francis Siah susulan laporan serupa dibuat di Kuching hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Bintulu Pandi Suhaili berkata laporan yang dibuat di Pusat Sehendi Ibu Pejabat Bahagian Bintiulu hari ini adalah berikutan kenyatan Francis yang mendesak Ketua Menteri Sarawak meleteak jawatan dan sekiranya tidak demonstrasi akan dilancarkan.

Salinan laporan polis yang dibuat oleh Pandi Suhaili di pusat sehenti IPB Bintulu, hari ini.

Pandi berkata tindakan MoCS dan Francis itu berunsur subversif, menghasut yang boleh menganggu kententeraman dan keselamatan awam.

Beliau meminta MoCS untuk berhenti membuat kenyataan-kenyataan berbaur hasutan tersebut dan menghormati keputusan pilihanraya baru-baru ini yang memilih Barisan Nasional untuk meneraju Sarawak.

Pandi turut mewakili Pemuda PBB Zon Jepak, Kidurong, Kemena, Belaga dan Kakus memohon pihak polis menjalankan siasatan terhadap kenyataan Francis dan MoCS.