Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum Parti Keadilan akan berada di Bintulu Sabtu, 4 Jun.

Beliau yang dalam siri lawatan ke Sarawak sempena sambutan Hari Gawai dijangka akan mengunjungi dua buah rumah panjang di sekitar Tatau.

Di sebelah malamnya pula, Anwar akan memberi ceramah di restoran Mandarin, terletak Assyarikin Commerce square.

“Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma,” kata Abdul Jalil – antara pemimpin PKR Bintulu.