Keadaan di pantai tumpuan ramai di Bintulu, Tanjung Batu (pantai Temasya) semakin kotor dan tidak terjaga kerana sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Sampah sisa kelapa kelihatan bertaburan dibuang di luar tempat pembuangan sampah sedangkan Roro bin yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan tersebut kosong.

Keadaan yang kotor dan menjijikkan ini seharusnya tidak berlaku di kawasan tumpuan orang ramai seperti Tanjung Batu.