Semasa pilihanraya negeri yang baru berlalu menurut Ahli Dewan Undangan Negeri, Krian yang baru – Ali Biju berkata ada beberapa buah rumah panjang berdekatan dengan di tempat beliau yang menghalang para ahli PKR dari berkempen di rumah mereka.

Antara alasan yang diberikan mengapa PKR tidak dibenar menjejak kaki ke Rumah Panjang adalalah kerana “mereka kata apa yang PKR cakap tipu belaka, kononnya kerajaan tidak merampas tanah, dan sebagainya,” kata beliau.

Selang beberapa hari selepas tamatnya pilihanraya, tiga orang Tuai Rumah dan seorang Penghulu membuat laporan polis – mengatakan ada pencerobohan dan aktiviti pembalakan haram di tanah NCR mereka.

Sekarang mereka kata dengan saya “kalau kita tahu begini jadinya, kita tidak akan undi BN.”