Jalan Kampung Kuala Segan yang telah diturap.

Sebahagian jalan Kampung Kuala Segan yang telah diturap, hari ini.

Wah! Kerja-kerja membaiki sebahagian daripada kawasan jalan Kampung Kuala Segan yang teruk rosak akibat kerana peningkatan jumlah kenderaan berat melalui kawasan tersebut telah bermula.

Dalam post terdahulu, penduduk kampung mengadu kepada Aduan Rakyat Bintulu akan keadaan jalan kampung mereka, dan aduan tersebut di paparkan di laman Bintulu Weekly.

Menurut salah seorang penduduk Kampung Kuala Segan hari ini, sebahagian jalan rosak teruk tersebut telah diturap dan sebahagiannya belum.

Diharapkan kerja-kerja menurap keseluruhan jalan Kampung Kuala Segan akan dilakukan dalam masa terdekat untuk kebaikan semua pihak, terutamanya kepada yang bakal bertanding DUN Jepak kelak.

Tetapi agak menyedihkan belum ada tanda-tanda lampu jalan akan dipasang di sepanjang jalan tersebut.

Jalan rosak – merbahaya kepada pengguna kenderaan kecil, motosikal ini sudah diturap hari ini.