Selamat Datang Kampung

Selamat Datang Kampung Kuala Segan

Pilihanraya negeri dah makin dekat – mungkin kurang dari 2 tahun lagi. Jika YB ada kesempatan tolong-tolonglah jenguk masalah penduduk di Kampung Kuala Segan ni.

Bukan jauh pun, lebih kurang 15 minit daripada pusat bandar Bintulu guna motosikal, kereta lagi laju.

Jalan ke arah kampung ni sudah rosak disebabkan semakin banyak lori-lori dan treler besar-besar yang keluar masuk mengangkut kayu & plywood dari kilang-kilang berdekatan kampung.

Malam pula jalan kampung ni gelap gulita, tak berlampu. Penduduk kampung juga syak mungkin ada kegiatan gelap yang berlaku di kawasan tersebut, maklumlah gelap.

Harap YB yang berkenaan ambik perhatianlah Aduan Rakyat Bintulu ni.

Bagi penduduk kampung Kuala Segan ni bukan “… cuba memperbesarkan isu biasa iaitu masalah perparitan dan jalan kampung untuk meraih simpati…” sapa yang mereka dah undi.

Kampung Kuala Segan bertanda anak panah dan “?”

Jalan rosak – merbahaya kepada pengguna kenderaan kecil, motosikal.

Aduh YB – gelap sungguh ni, sehingga speed bump pun hampir tidak kelihatan.

Jalan rosak lagi

Kalau lah jalan cantik macam ni selalu YB