Seorang pembeli bernama Saliza Abdullah mendakwa beliau telah ditipu oleh seorang penjual menggunakan nama Ibu Syira dalam laman sosial Facebook.

Ibu Syira menurut Saliza, telah gagal menghantar barang berupa swing chair yang beliau pesan walaupun bayaran penuh RM400 telah dibuat.

Usaha beliau untuk menghubungi Ibu Syira melalui Facebook dan telefon menemui jalan buntu kerana Ibu Syira enggan melayan mesej, panggilan telefon tidak dijawab.

Difahamkan Ibu Syira sebelum ini turut mengguna nama BVV Ariand.

Beberapa minggu yang lepas seorang pengguna laman Facebook di Bintulu bernama Izan Rosli terkejut apabila gambar-gambar peribadi beliau dijadikan gambar profiles oleh BVV Ariand.

Menurut Izan Rosli beliau telah membuat laporan polis berkenaan dengan gambar tersebut.

Post yang dibuat oleh Saliza Abdullah di page BtuWeekly.

Screenshot resit bayaran dibuat melalui Maybank2U oleh Saliza Abdullah.

Barangan yang dipesan oleh Saliza Abdullah yang sehingga kini belum dihantar oleh penjual di laman Facebook bernama Ibu Syira

Profile Ibu Syira yang menggunakan gambar orang lain difahamkan orang Bintulu juga.

Izan Rosli berasal dari Bintulu amat terkejut apabila gambar beliau diguna sebagai profile oleh BVV Ariand difahamkan individu yang turut mengguna nama Ibu Syira. Beliau telah membuat laporan polis berkenaan gambar-gambar diatas.